Wednesday 2 January 2013

GELAGAT SI CILIK HARI PERTAMA SEKOLAH

Hye Keropians ! 
Apa khabar? sihat? 
ong kedek-kedek!
*
*

Hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami sungguh-sungguh
bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
baru ejaan dan kira-kira
kami belajar dengan lancar
berkat kesabaran
guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari
kamipun mengerti
pelajaran nilainya tinggi
kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU~~
yeyyy! (tepuk tangan! )
*
*

1st day sesi persekolahan memang menyeronokan. Lebih menyeronokan bila kita tengok gelagat si cilik yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan. 
Macam-macam adaaa! 

Ada di antara mereka menunjukkan riak wajah ceria dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baru itu manakala sebahagian yang lain dilihat sentiasa ditemani ibu atau bapa. Kelihatan juga sebahagian murid yang menangis dan merayu kepada ibu bapa agar duduk menemani sehingga kelas tamat.
Reaksi ibu bapa pulak hanya mampu ketawa melihat gelagat anak mereka. 
*
*
Sini saya nak share sikit macam mana nak atasi masalah budak yang menangis dan takut hendak pergi ke sekolah pada hari pertama persekolahan.
*

FIRST : Ibu bapa mesti bagitau kat anak awal-awal lagi yang mereka akan pergi ke sekolah. Tujuan pergi sekolah ialah belajar , supaya pandai dan jadi orang yang berguna suatu hari kelak. Ibu bapa juga dinasihatkan jangan menipu anak-anak. Contohnya, bagitau kat anak yang ibu bapa akan menunggu mereka di luar kelas, tapi ibu bapa balik setelah anak-anak mereka bergembira. JANGAN sesekali buat begitu. keesokkan harinya anak-anak TAK AKAN ingin ke sekolah lagi jika ditipu demikian.
*

SECOND : Sebelum memulakan sesi persekolahan, anak-anak sangat mengingini semua keperluan belajar mereka BARU. Contohnya baju baru, beg baru, kasut baru, pensil box baru dan sebagainya. Semasa hendak membeli keperluan sekolah, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka sekali supaya mereka boleh memilihnya sendiri. Mereka lebih bersemangat hendak belajar apabila barang keperluan sekolah mereka mencorakkan kartun dan warna kegemaran mereka. Contohnya, jika anak perempuan sudah semestinya meminati Barbie dan pink. 
*

THIRD : Jangan manjakan sangat anak. Maksudnya, jangan pulak ibu bapa yang buat reaksi sedih konon-konon baru pertama kali berpisah. Semua ibu bapa merasakan kesedihan melihat anaknya mula berdikari dan merasakan anak mereka tak dapat jauh dari anda. Ibu bapa mesti yakinkan anak-anak. Katakan kepada anak yang mereka akan bersekolah disini tanpa ibu bapa disisi dan dia akan bertemankan cikgu serta kawan-kawan. Dan ceritakan pada mereka rutin harian mereka bergelar pelajar. Pasti mereka gembira! 
*

FOURTH : Berikan pujian kepada anak-anak. Anak-anak pulang dari sekolah tentu penat dan minta perhatian dari ibu bapa. Ibu bapa hendaklah meluangkan sedikit masa untuk anak mereka. Ibu bapa bertanyakan suasana di sekolah tadi dan memberikan pujian terhadap kelakuan yang baik yang telah dilakukan oleh si cilik. Hal ini membolehkan anak-anak tidak bosan untuk ke sekolah kerana akan ada pujian mereka terima. 
*

FIFTH : Peranan guru amat penting dalam mendidik pelajar di sekolah. Cabaran yang sangat mencabar ialah di hari pertama persekolahan. Macam-macam ragam. Ragam yang di rumah mereka bawa ke sekolah. Sebagai guru, mestilah banyak bersabar dengan karenah tu. Langkah terbaik ialah guru mesti pandai menarik perhatian pelajar supaya mereka lupa dengan ibu bapa mereka yang berada di luar kelas. Perbanyakkan permainan dalam kelas. Enjoy kan mereka dalam mereka kesedihan selepas berpisah. Budak-budak senang jer nak pujuk. 
*
*
Thanks sebab sudi baca entry ni..
walaupun saya belum mempunyai anak, saya nak share jugak entry pasal anak.. :) 
Semoga maklumat ni boleh bagi serba sedikit perubahan kepada anak dan ibu bapa..
Yuhuuuuu! sebenarnya tak sabar nak habis belajar! Nak jadi CIKGU ^^,

p/s : A very Thanks to Mr Google yang ohsem sebab gambarnyaa yaa!  

3 comments:

SuparMan SuaRez said...

Ceewaahh...Huhu. Pasal Anak Bha..Haha

Hanna Nabiella said...

hahaa..hye cikgu ! :D

✿INA AINAA✿ said...

wahh bestnyaaa jadi cikgu.. cikgu yg comel lak tu.. hehehehe

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...