Saturday, 12 January 2013

BELAJAR BERJALAN


Assalamualaikum w.b.t Readers..
Selamat berhujung minggu.. 


Hari ahad merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan ibubapa dan remaja dan budak-budak. Hari ahad ialah hari untuk menenangkan fikiran sebelum hari isnin untuk bersekolah,bekerja dan sebagainya.
So, ukirlah satu kenangan bersama keluarga,kawan-kawan,boyfriend/girlfriend dan jiran-jiran anda. Kenangan hari ini tidak dapat pada hari esok..Take note! : ) 
Hari ni saya nak share sedikit info untuk ibubapa yang mempunyai cahaya mata. Mungkin sedikit maklumat ni anda akan cakap SALAH atau MUSTAHIL. Apa-apapun,terima seadanya. 


Detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh wanita bergelar ibu dan lelaki yang sudah bergelar ayah ialah ingin menyaksikan anak mereka mula belajar berjalan.Sebelum memulakan langkah pertama, anak itu sendiri yang memainkan peranan bila masa dia sudah bersedia untuk berjalan.Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya.Lambat atau cepat, anak itu pasti akan berjalan jugak. Terpulang pada dirnya sendiri untuk memutuskan bila masa masa yang sesuai. Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki ketika usianya sudah mencapai 18 bulan.Jika anak masih belum pandai berjalan dalam usia setahun, ibu bapa tidak perlu risau selagi bayi itu membesar dengan normal. Tapi kalau mahu sedapkan hati, boleh bertanya atau mendapatkan pandangan doktor. 
*
*
Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan, perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah. Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya, manakala yang lain dapat melangkahkan satu kaki ke hadapan merupakan impian yang tidak terhenti di situ saja. Sebenarnya terdapat beberapa cara ibu bapa oleh membantu bayi belajar berjalan. Galakkan bayi untuk berdiri dan berpapah pada perabot rumah untuk meningkatkan kestabilan dan membantunya belajar menyeimbangkan badan dengan betul. Apabila bayi semakin yakin, dia akan memilih untuk bergerak mengelilingi perabot untuk mencapai mainan kesukaannya.
Ibubapa semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Right?  Jadi, kena cari jalan penyelesaian yang bijak dan berkesan untuk anak-anak membesar. 
*
*


SATU : KAKI AYAM
Bukan guna kaki ayam okay. Bukan jugak makan kaki ayam. Alam semula jadi sebenarnya memberi kita lapik tapak kaki terbaik untuk kita mengekalkan keseimbangan badan. Memakaikan kasut pada anak yang baru cuba berjalan juga tindakan semula jadi, tetapi cuba biarkan anak terbiasa dengan permukaan yang berbeza-beza seperti rumput, karpet, kayu dan pasir. Ia akan menjadi pengalaman yang menarik dan mengujakan bagi anak.Mereka akan berasa seronok bagi memulakan langkah mereka. 
*
*

DUA : BABY WALKER
Alat bantuan berjalan yang mempunyai tempat duduk dan beroda ini bukan alat terbaik untuk membantu anak berjalan lebih awal. Malah ia sebenarnya boleh menyekat perkembangan semula jadi anak untuk berjalan. Ada ibubapa menganggap anak-anak yang guna walker tu bukan sahaja membantu mempercepatkan anak berjalan malah boleh buat anak itu gembira. Yalah kan, baby kalau diletak dalam walker, disorong laju-laju kan ekekeke bunyi ketawa. Bayi yang menggunakan walker cenderung bergantung kepada alat tersebut untuk bergerak dan menyeimbangkan badan. Keadaan ini menyebabkan otot yang diperlukan untuk berjalan tidak berkembang seperti sepatutnya. Gunakan baby walker dengan berwaspada memandangkan setiap tahun banyak berlaku kemalangan disebabkan alat tersebut.
*
*

TIGA : INTERAKSI
Satu dunia baru akan terbuka apabila anak boleh berdiri dan dia akan melihat sekelilingnya dengan perspektif yang baru. Sokong keterujaan itu dengan menghabiskan lebih banyak masa bersamanya dan beri galakkan untuk dia berasa lebih yakin menggerakkan atau melangkahkan kakinya.Dan apabila dia jatuh, ketawa bersamanya dan galakkannya untuk mencuba lagi. Jangan terlampau manjakan anak. Kalau anak jatuh,biarkan mereka berdiri semula. Dan beri tepukan kepada mereka agar mereka tidak merasa kesakitan jatuh tadi. Jangan terus dokong anak yang jatuh tadi. Sampai bila-bila pun tak boleh berdikari. Anak anda akan cuba mencapai semua benda apabila dia boleh berjalan. Waktu ini mungkin anda akan merindui saat-saat dia hanya berbaring, bergolek,meniarap di katil.
*
*

EMPAT : PUJIAN
Apabila anak-anak sudah pandai melangkah dan mengimbangi badan mereka, bagi pujian kepada mereka. Contoh : “Pandainya baby jalan” “Yeyy! (tepuk tangan)” “good boy/girl”. Anak-anak mungkin akan berasa seronok untuk meneruskan perjalanan mereka setelah diberi pujian. Semangat anak-anak harus diberi dari ibubapa itu sendiri.
*
*

LIMA : MEMIMPIN TANGAN
Memegang atau memimpin tangan memang dilihat cara terbaik untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan keseimbangannya. Mereka akan berasa malas untuk meneruskan jalan kerana menganggap ada yang memimpin tangannya. Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak.Tetapi sesetengah budak lebih yakin untuk berjalan apabila dipimpin tangan mereka. Cara ini terpulang kepada ibubapa terhadap masa yang sesuai.
*
*
Thanks to read this entry! 
ong kedek-kedek!
A big thanks to Mr. google for the picture and info.. :)

2 comments:

airis aries said...

salam..mang biasa proses membesar untuk kanak2,banyak perkara yang mereka nak terokai tpi kita perlu sentiasa awasi si kecil

airis aries said...

Salam..proses kanak2 membesar mang perlukan kesabaran ibu bapa,maklum lah banyak perkara yang si kecil nak terokai tapi perlukan bantuan penjaganyer,satu info yang best dan bermanfaat..salam perkenalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...