Saturday 28 September 2013

CITA-CITA : DOKTOR

Assalamualaikum w.b.t.



Nama saya AYISH ZIQREE.. Saya berumur 20 tahun. ehh??? haha Saya mempunyai kelulusan kedoktoran.. ^___^

Apa itu DOKTOR?
DOKTOR tu salah satu pekerjaan. Salah satu cita-cita yang di impikan ole budak-budak..
Jadi doktor ni bagus tau..
Kenapa??
Sebab doktor membantu menyelesaikan masalah orang..

Ramai orang takut jadi doktor sebab takut darah. no no no..
jangan fikir macam tu.. niat kita nak bantu orang sakit kan...


"awak sakit apa?"
sini Doktor Ayish yang cek..


Wednesday 11 September 2013

RABU TANPA KATA #LIMA

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Keroppi'ans..

aku yang dulu bukanlah sekarang~
dulu ku kecil sekarang sudah besar~
la la la la la la~~

mulut menyanyi dan lenggok badan yang dipersembahankan mengikut dendangan irama mencuri perhatian orang sekeliling nya..

p/s : bermain piano salah satu cara terbaik untuk mempercepatkan daya berfikir dan boleh mengembangkan otak si cilik.. ^__^

Saturday 7 September 2013

BONEKA

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan katak..
Kawan katak apa khabar? Alhamdulillah kalau kawan katak angguk kepala.. Haa, yang geleng-geleng kepala tu, jangan takut makan ubat okayy... 

APA ITU BONEKA?
(angguk kalau tahu, geleng-geleng kalau tak tahu.. hehe)
Puppet atau dalam bahasa Malaysia Boneka. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain untuk persembahan. Boneka merupakan salah satu permainan tertua kerana permainan ini wujud pada zaman Yunani, Rowani  ataupun Mesir. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya, yang penting kreatif. Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi di tadika, taska, prasekolah amat memerlukan boneka bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Guru memainkan peranan untuk menjadi lebih kreatif bagi menarik perhatian pelajar. Belajar dengan berpandukan buku sahaja tanpa ada bahan yang menarik perhatian amatlah membosankan.

JENIS- JENIS BONEKA

Boneka Kayu
Cara guna boneka kayu ni, pegang kayu dan gerak-gerakan mengikut gerakan yang sesuai dengan cerita. Seorang boleh pegang dua boneka jika mampu melakonkan dengan watak yang berlainan.


Boneka Tali
Boneka tali ni mungkin agak mencabar bagi pelajar untuk persembahkan kerana banyak tali yang perlu di pegang dan sukar untuk mengawal pergerakan boneka tersebut. Seorang dinasihatkan memegang satu boneka sahaja supaya persembahan tidak terganggu.


Boneka Jari 
Boneka jari agak senang bagi seorang budak-budak dan menarik. Gunakan kelima-lima jari untuk buat persembahan. pastikan suara kelima-lima boneka itu tidak sama. Guru boleh mengajar mengenal bunyi haiwan dengan menggunakan boneka diatas. Sangat menyeronokkan!


Boneka Tangan
Boneka tangan selalunya guru akan persembahkan kepada murid sebuah cerita yang disertakan nyanyian. Boneka diatas menunjukkan guru menceritakan sebuah keluarga bahagia.

Boneka Tangan
Boneka tangan haiwan ni mempersembahkan sebuah cerita di dalam hutan yang terdapat pelbagai jenis haiwan. Guru memainkan peranan penting bagi menghidupkan sebuah cerita. Pelajar pasti tidak bosan! 


APABILA KANAK-KANAK YANG MENGGUNAKAN BONEKA : 
-Bergerak dan dikuasai oleh kanak-kanak itu
-Cabaran  kerana keperluan untuk menyelaraskan pertuturan dan pergerakan
-Bercakap sebagai seorang sahabat yang menerima
-Digunakan secara individu dan dalam kumpulan bermain
-Digunakan untuk meneroka personaliti orang lain
-Digunakan sebagai satu cara untuk melepaskan emosi terpendam
-Digunakan untuk mengenang kembali dan meniru pengalaman
-Dilihat sebagai aktiviti seperti dewasa 
-Digunakan untuk menghiburkan kawan
-Dibina oleh kanak-kanak


APABILA GURU MENGGUNAKAN BONEKA :

-motivasi
-Mendapat dan memegang perhatian
-Menyediakan pelbagai dalam pembentangan idea dan kata-kata
-Menyediakan model untuk meniru
-bercerita
-Menggalakkan kreativiti kanak-kanak 
-Menyediakan peluang bermain yang menggalakkan pertuturan dan motor-skill coordination
-Memperkenalkan maklumat baru
-Menggalakkan sikap positif terhadap speaking and dramatic activities.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN BONEKA DALAM PEMBELAJARAN



  • Rumusan tujuan pembelajaran dengan jelas. Dengan demikian akan dapat diketahui, apakah tepat digunakan permainan sandiwara boneka atau sandiwara yang lain.
  •  Buatlah naskah sandiwara yang akan dimainkan secara terperinci. Dari segi dialognya, perjalanan ceritanya dan adegannya harus disusun secara cermat, sekalipun pemainnyanya dimungkinkan untuk berimprovisasi ketika memainkan boneka tersebut.
  •  Permainan boneka mementingkan gerak dari pada kata.Oleh itu, dialognya jangan terlalu panjang, dapat menjemukan penonton. Untuk anak-anak usia prasekolah, sebaiknya permainan boneka dirancang untuk banyak melibatkan dialog dengan anak pada saat permainan.
  • Permainan sandiwara boneka jangan terlalu lama, kira-kira 10 sampai 15 minit. Agar pesan khusus yang disampaikan kepada anak dalam permainan sandiwara boneka tersebut dapat difahami oleh anak-anak/penonton.
  • Hendaknya diselingi dengan nyanyian, kalau perlu penonton diajak nyanyi bersama. Bila perlu pengukuhan dengan dialog atau diskusi dengan anak-anak/penonton untuk memantapkan pesan nilai yang diajarkan.
  • Isi cerita hendaknya sesuai dengan umur dan kemampuan serta daya imaginasi anak-anak yang menonton.
  • Selesai permainan sandiwara boneka, hendaknya diadakan pengukuhan seperti soal-jawab, perbincangan atau menceritakan kembali tentang isi cerita yang disajikan.
  • Jika memungkinkan, berilah kesempatan kepada anak-anak untuk memainkannya.


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA


Tips : boleh buat boneka sendiri kat rumah untuk anak-anak.. Ambil stokin yang dah tak digunakan.(jangan yang berbau HARUM sangat tu.. hehe ) stokin tu boleh lukis guna marker berwarna.. then boleh jadi boneka tangan! Meh cuba! 




Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...