Wednesday 20 August 2014

RABU TANPA KATA #LAPAN



SELFIE membawa maksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan pertolongan orang lain. 
SELFIE - Self Potrait Photography 
Perbuatan mengambil gambar sendiri dan memuat naik (upload) foto tersebut ke laman sosial (facebook, twitter, instagram, wechat, line, dll). 

untuk apa upload kat laman sosial?
"aku nak orang like banyak kat gambar aku"
" aku nak orang komen yang aku cantik"
"aku nak popular kat laman sosial"

Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular "selfie" boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan mereka. 


Thursday 29 May 2014

THE BEST GAMES FOR TODDLERS #1 : BOWLING

What is BOWLING? 

Bowling refers to a series of sports or leisure activities in which a player rolls or throws a bowling ball towards a target. In pin bowling variations, the target is usually to knock over pins at the end of a lane. In target variations, the aim is usually to get the ball as close to a mark as possible. The pin version of bowling is often played on a flat wooden or other synthetic surface,whilst in target bowling, the surface may be grass, gravel or a synthetic surface.The most common types of pin bowling include ten-pin, nine-pin, candlepin, duckpin and five-pin bowling, while in target bowling, bowls, bocce, carpet bowls, pétanque and boules, both indoor and outdoor varieties, are popular.

BOWLING IS THE BEST GAMES FOR TODDLERS

Your child will be using his large motor skills when playing this games. You can set this games up inside or outside. 

This activities for an individual child or a group.

AGE GROUP :
18 - 40 Months

DURATION OF ACTIVITY :
20 Minutes

YOU WILL NEED :
Bottles
Balls 

Arrange the bottles like bowling pins. 
( if you are playing outside, put water in the bottles to keep them from blowing over.)

Show your child how to roll a ball to knock down the pins.





HAPPY HOLIDAY ....

Tuesday 11 March 2014

RABU TANPA KATA #TUJUH

Assalamualaikum w.b.t
Selamat ber-hari Rabu..


Yakinlah jika kau dan aku mencintai Allah S.W.T, Pasti kau dan aku akan disatukan semua..

Relakanlah perpisahan itu..

Hormatilah perpisahan itu..

Kesatlah airmatamu..

Jangan bersedih..

La tahzan..

P/s : terima kasih model yang ceredit.. hehehee 

Sunday 9 March 2014

EMOSI

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia





Emosi... Setiap insan memilikinya..

Dari si cilik hinggalah warga emas..
Marah, sedih, gembira, kecewa...

"Mereka kecil, manalah tahu beremosi"

"Alaaa.. mereka tak tahu apa-apa tu"
"Apa lah mereka tahu,mereka tak erti lagi bab-bab feeling ni"
"Dalam fikiran mereka main jerr"

Perkembangan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar". Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Perkembangan emosi yang sihat amat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak serta ia juga mempengaruhi kejayaan dalam perkembangan mereka. 
Pencapaian emosi yang positif berpunca daripada kebolehan kanak-kanak memahami dan kebijaksanaan mengawal  dan mengurus emosi mereka sendiri.


Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.


p/s : Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Wednesday 1 January 2014

RABU TANPA KATA #ENAM

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ADIK-ADIK!


Cikgu : Assalamualaikum murid-murid.. *muka ceria melangkah masuk pintu kelas* 
Pelajar : Waalaikumsalam cikgu.. *berdiri + muka berdebar* 
(mak bapak tunggu di luar kelas.. dok tengok anak belajar. hari pertama katakan.. 

saya nasihatkan, esok dah mula sekolah kan, mak bapak tak yah laa tunggu anak kat luar kelas.. mak bapak patut belajarkan mereka berdikari... jangan manjakan sangat. tu manja tak bertempat namanya... 

Cakap kat anak: nak, masuk kelas.belajar k. dengar cakap cikgu.. mak dan bapak balik dulu. nanti balik sekolah mak dan bapak jemput ya nak.. belajar rajin-rajin. supaya jadi anak yang baik.. :) (salam dan cium anak)

Wednesday 6 November 2013

GURU , CIKGU , TEACHER

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua..
Lama Dah Tak Update Blog..
Okay, Lepas Ni Rajin Sangat Update.. Al-Maklumlahhh Blog dah Berwajah Baruu.. hoho 
Itu bukan Topic Kita Hari Ini.. =_=,
Topik Kita Berkenaan Dengan GURU..

takut tak dengan guru yang bawa rotan niee? hoho

Pernahh dengar tak perkataan GURU.. Mustahil tak pernah kan.. Dari gurulah kita dapat ilmu ^__^ 
Ada Guru Tuisyen, Guru Mengaji, Guru Taekwando, Guru Memasak, Guru Komputer.. Dan Yang paling Best Apabila Ibu atau Bapa atau kedua-duanya adalah bergelar Guru.. ^__^ 

Guru.. Guru.. Guru.. Ada apa dengan perkataan Guru? Ada apa dengan orang yang di gelar guru? Guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Guru memiliki kebijaksanaan dalam membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya. Guru menyumbang bakti yang sangat besar dalam membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya.

"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

Untung menjadi seorang guru tau.. (hem hemm saya bakal-bakal guru jer..belum sepenuhnya jadi guru lagi) 
Yang bestnya menjadi guru, kita boleh dapat panggilan “cikgu”. Semua orang akan panggil kita cikgu, tak kira ibubapa pelajar ker, ketua kampong ker. Best kan? Cikgu Mira atau teacher mira atau ustaz/ustazah.. Kalau korang kerja bomba, ada ka kena panggil bomba mira? Hahaha Kalau Polis, Polis Mira? Atau Posmen Mira? Tak da kann.. 

Kalau saya, saya suka dapat hadiah.. hoho Tu la keistimewaan bila jadi cikgu. Setiap tahun kita menyambut Hari Guru di sekolah. Kereta cikgu akan sarat dengan hadiah yang pelajar bagi. Bestnyeee! Lebih-lebih lagi kalau menjadi guru yang awesome, mesti banyak pelajar bagi hadiah. Famous kata kann.. hehehe Lagi best kalau hari-hari anak murid bawakan hadiah untuk saya.. hehehehe (muflis la alamatnya parents dorang)

Kenapa cikgu semua kiut? Kenapa? Kenapa? Sebaaaaaaab mereka tak stress pun.. Murid-murid sentiasa mengembirakan cikgu mereka.. Bukan setakat anak murid, anak sendiri pun merasa kasih sayang sepenuhnya dari ibu mereka. Kenapa? Sebab jadi cikgu ni banyak cuti dan kerja separuh hari jer. Hanya beberapa jam di sekolah. 
Saya pernah dengar jugak lelaki berbicara “kalau nak cari isteri, carilah yang bekerja jadi guru kerana dapat luangkan masa yang lebih bersama keluarga dan boleh pergi honeymoon lama-lama bila menjelang cuti sekolah”.. amboi amboi amboi.. part last tu suka dengar.. ho ho ho 
Kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :
"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)

Betapa tingginya darjat seorang Guru di sisi Allah S.W.T dan Islam.


Terima Kasih Pembaca Kerana Sudi Membaca Entry Yang Tak Seberapa Ni.. Tinggalkan Jejak Anda Untuk Membuat Cadangan Atau Komplen ^___^
Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...