Wednesday, 6 November 2013

GURU , CIKGU , TEACHER

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua..
Lama Dah Tak Update Blog..
Okay, Lepas Ni Rajin Sangat Update.. Al-Maklumlahhh Blog dah Berwajah Baruu.. hoho 
Itu bukan Topic Kita Hari Ini.. =_=,
Topik Kita Berkenaan Dengan GURU..

takut tak dengan guru yang bawa rotan niee? hoho

Pernahh dengar tak perkataan GURU.. Mustahil tak pernah kan.. Dari gurulah kita dapat ilmu ^__^ 
Ada Guru Tuisyen, Guru Mengaji, Guru Taekwando, Guru Memasak, Guru Komputer.. Dan Yang paling Best Apabila Ibu atau Bapa atau kedua-duanya adalah bergelar Guru.. ^__^ 

Guru.. Guru.. Guru.. Ada apa dengan perkataan Guru? Ada apa dengan orang yang di gelar guru? Guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Guru memiliki kebijaksanaan dalam membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya. Guru menyumbang bakti yang sangat besar dalam membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya.

"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

Untung menjadi seorang guru tau.. (hem hemm saya bakal-bakal guru jer..belum sepenuhnya jadi guru lagi) 
Yang bestnya menjadi guru, kita boleh dapat panggilan “cikgu”. Semua orang akan panggil kita cikgu, tak kira ibubapa pelajar ker, ketua kampong ker. Best kan? Cikgu Mira atau teacher mira atau ustaz/ustazah.. Kalau korang kerja bomba, ada ka kena panggil bomba mira? Hahaha Kalau Polis, Polis Mira? Atau Posmen Mira? Tak da kann.. 

Kalau saya, saya suka dapat hadiah.. hoho Tu la keistimewaan bila jadi cikgu. Setiap tahun kita menyambut Hari Guru di sekolah. Kereta cikgu akan sarat dengan hadiah yang pelajar bagi. Bestnyeee! Lebih-lebih lagi kalau menjadi guru yang awesome, mesti banyak pelajar bagi hadiah. Famous kata kann.. hehehe Lagi best kalau hari-hari anak murid bawakan hadiah untuk saya.. hehehehe (muflis la alamatnya parents dorang)

Kenapa cikgu semua kiut? Kenapa? Kenapa? Sebaaaaaaab mereka tak stress pun.. Murid-murid sentiasa mengembirakan cikgu mereka.. Bukan setakat anak murid, anak sendiri pun merasa kasih sayang sepenuhnya dari ibu mereka. Kenapa? Sebab jadi cikgu ni banyak cuti dan kerja separuh hari jer. Hanya beberapa jam di sekolah. 
Saya pernah dengar jugak lelaki berbicara “kalau nak cari isteri, carilah yang bekerja jadi guru kerana dapat luangkan masa yang lebih bersama keluarga dan boleh pergi honeymoon lama-lama bila menjelang cuti sekolah”.. amboi amboi amboi.. part last tu suka dengar.. ho ho ho 
Kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :
"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)

Betapa tingginya darjat seorang Guru di sisi Allah S.W.T dan Islam.


Terima Kasih Pembaca Kerana Sudi Membaca Entry Yang Tak Seberapa Ni.. Tinggalkan Jejak Anda Untuk Membuat Cadangan Atau Komplen ^___^

3 comments:

TeTo YakSa said...

Hurmmm aku bukanLah budak yg cemerlang dalam pelajaran ni..tapi kalau tjumpa dgn cg, aku tetap salam cium tgn walaupun aku x buat mereka bangga.. sbb niat ikhls dan juga didikan mereka tu mmbuatkan kita kenaL dunia.. semoga semua cikgu2 di dunia diberkati allah.. amiN~~ hehehe

Amirah Raduan said...

a'ahh.. Betul tu.. walaupun kita ni bukan student harapan sekolah dulu, tapi kita mesti hormat cikgu kan.. :) Dia tetap guru kita.. Amin...

CXopportunities said...

Kmk sik pandey ajar org sgt, dimarah kelak nemiak haha. Kmk sikda kesabaran yg tinggi :)) kmk salute kitak yg sbr dgn anak2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...