Sunday, 9 March 2014

EMOSI

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia





Emosi... Setiap insan memilikinya..

Dari si cilik hinggalah warga emas..
Marah, sedih, gembira, kecewa...

"Mereka kecil, manalah tahu beremosi"

"Alaaa.. mereka tak tahu apa-apa tu"
"Apa lah mereka tahu,mereka tak erti lagi bab-bab feeling ni"
"Dalam fikiran mereka main jerr"

Perkembangan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar". Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Perkembangan emosi yang sihat amat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak serta ia juga mempengaruhi kejayaan dalam perkembangan mereka. 
Pencapaian emosi yang positif berpunca daripada kebolehan kanak-kanak memahami dan kebijaksanaan mengawal  dan mengurus emosi mereka sendiri.


Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.


p/s : Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

4 comments:

Nadia Johari said...

macam2 emosi ade

Amirah Raduan said...

@NadiahJohari a'ah.. macam kita jugak..macam-macam emosi kita kan.. :)

Phy said...

Ish, sangat tidak suka bila orang anggap kanak2 tiada emosi. Macam la budak2 ni alien. Pelik.

CXopportunities said...

Emosi anak2 dipengaruhi oleh tindakan kita. Anak2 suci bersih hatinya, nang nya ada perasaan. Kita jak sik tauk sejauh cney nya rasa. Ktk kawen dah kah?

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...