Monday, 31 December 2012

CARA NAK FASIHKAN ANAK BERBAHASA INGGERIS


Hye 2013! 
Rindu 2012 -_-,
Hari ni saya nak share sikit pasal macam mana nak ajar budak-budak berbahasa inggeris.
Nak mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Tak semudah nak membentuk tanah liat.
Korang tau tak? Sekarang ni Bahasa Inggeris salah satu bahasa yang menjadi keperluan dalam kehidupan. Cerita , buku , lagu sekarang ni, tak lari dari bahasa Inggeris. So, kita mestilah pandai Bahasa Inggeris supaya tak kena tipu. Ibu Ayah tak pandai Bahasa Inggeris?Macam mana nak ajar anak plak? Don’t worry la beb.. Tu bukan masalah besar pun. Masalah sekecil kuman jer tuu.. 
Meh sini baca Tips macam mana nak selesaikan masalah tu.. 
*
*
PERTAMA : Didik anak dalam kandungan 
Ingat anak yang dalam kandungan kita tak boleh didik? Itu salah. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris sejak mereka dalam kandungan lagi. Ibu ayah hendaklah selalu bercakap-cakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Malah, Ibu ayah boleh gak menyanyi atau membaca buku cerita dalam bahasa Inggeris. Lagu Maher Zain pun banyak dalam bahasa Inggeris tau. Selalu-selalu lah dengar yerr.. Umat Islam, jangan lupa rajin-rajin baca Al-Quran dan doa-doa supaya anak dalam kandungan tenang mendengarnya. InsyaAllah..
*
*
KEDUA : One Parent One Language
Maksudnya, Ibu mestilah mahir berbahasa melayu dan ayah mestilah mahir berbahasa inggeris dan sebaliknya. Ini adil bagi kedua pihak dan membantu anak mahir kedua-dua bahasa. Jangan bimbang anak keliru dengan dua bahasa itu. Pada mulanya memang sukar anak menerimanya,tetapi lama-kelamaan anak akan berbahasa lebih fasih dan ini boleh mengembangkan perkembangan otak mereka. Ibu dan ayah juga hendaklah memberi kerjasama dalam mendidik anak. Team effort amat penting dalam menjayakan misi supaya anak fasih berbahasa dengan dua bahasa yang berbeza.
*
*
KETIGA : Keyakinan ibu bapa
Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa inggeris dari peringkat awal. Ibu ayah kena yakin yang boleh mendidik anak berbahasa inggeris. Kena berkorban sikit walaupun tidak fasih. Ibu ayah boleh belajar balik seperti rujuk buku, cari maklumat di internet, baca majalah dan sebagainya.
*
*
KEEMPAT : Remove segan dan malu.
Kita tak perlulah malu untuk ajar anak dikhalayak orang ramai. Kalau orang tengok kita ajar anak berbahasa inggeris, mesti orang akan cakap, “eh eh berlagak la tu cakap inggeris.kat rumah cakap melayu plak”. Okay, kita abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak kita semakin pandai bahasa inggeris.kan?? Kalau anak dah fasih, tak menjadi masalah ibu ayah malah guru juga untuk ajar di peringkat sekolah nanti. Contohnya dalam  subjek sains, bahasa inggeris dan matematik.
*
*
KELIMA : BEDTIME STORY
Ibu ayah rajin-rajinlah bacakan buku cerita kepada anak. Ini boleh membantu untuk memupuk sikap suka membaca kepada anak-anak. Selain itu, ibu ayah juga hendaklah beli buku cerita yang menarik dan bersesuaian dengan umur mereka. Jika anak-anak menunjukkan minat pada komik, tak salah belikan mereka komik dalam bahasa inggeris. Contohnya komik Doraemon, detective conan dan sebagainya. Tapi, jangan beli komik sinchan. Terlampau banyak unsur luncah dan tak sesuai bagi budak. Boleh mengganggu pemikiran anak.
*
*
KEENAM : Menonton televisyen
Apa? Ingat tengok tv tak boleh belajar? Boleh.. tapi kena pilih rancangan. Contohnya, Astro ceria,Disney,tutor tv dan sebagainya. OhMyEnglish pun ada gak. Ibu ayah pun boleh meningkatkan ilmu dengan menonton tv. Tapi, kita tak boleh paksa anak-anak. Ini boleh menimbulkan tekanan terhadap mereka. Anak-anak ni pun pandai moody tau. Harus tau, mereka lebih suka bermain dari belajar. Oleh itu, kita ajar mereka dengan teknik belajar sambil bermain seperti menyanyi, bermain puzzle. Cari masa sesuai untuk mengajar mereka supaya mereka boleh member lebih tumpuan.
*
*
KETUJUH : Buang bahasa pelat 
Jangan gunakan bahasa bayi. Pronounce jangan pelat dan gunakan grammar yang betul. Jika anak sebut dengan sebutan yang tak betul, betulkan sebutan mereka dengan mengulanginya beberapa kali sehingga sebutan mereka betul. Lidah anak-anak mudah dibentuk dan masih lembut ketika kecil. Tidak menjadi masalah untuk kita membetulkan sebutan yang mereka lontarkan.
*
*

Kalau kita didik anak-anak dengan cara yang betul, anak-anak boleh menguasai 5 bahasa serentak. Tak percaya? Cubalah.. InsyaAllah..
Kita mesti ingat, anak-anak yang boleh menguasai bahasa dapat meningkakan IQ mereka dan mempercepatkan perkembangan otak mereka.

3 comments:

✿A I N A A✿ said...

setuju!! semua ni sgt memainkan peranan untuk membntul salsiah anak2... thanks sharing

Amirah Raduan said...

Thanks sudi baca ena :)
Semoga dapat memberi kesedaran kepada org ramai :)

AZIZAH ISMAIL said...

terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...