Thursday, 27 December 2012

5 CARA STUDY LAST MINUTE


Assalamualaikum w.b.t.. 
Alhamdulillah kita masih lagi boleh menghirup udara di bumi yang bersih pada hari Jumaat ini. Hari ni merupakan hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012. Semoga tahun 2013 membawa penuh keberkatan kepada kita semua. Amin..
*
*
lakonan semata-mata

Semua tahu bahawa minggu ni merupakan “STUDY WEEK” bagi yang bergelar mahasiswa/mahasiswi. Minggu depan dah start “EXAM WEEK”. Ramai pelajar dah ready nak exam malah ada jugak yang belum ready(saya la tuh). Study Last Minute menjadi amalan saya setiap kali menjelang hari peperiksaan. So, saya ingin share-share sedikit bagaimana belajar last minute ni. ^__* 

1) BETULKAN NIAT
Sebelum belajar, kita mesti ada niat. Apa niat korang? Kenapa mau belajar? Kalau niat korang “kerana mau dapat semua A dan mau dapat hadiah dari parents or someone” , korang dah SALAH. Lebih baik betulkan niat korang awal-awal lagi. Niat belajar hendaklah kerana Allah. Nanti ilmu tak kekal jika niat yang kita tanam dalam diri salah. Kita belajar mestilah mendapat keberkatan dari Allah. Supaya ilmu kekal di dalam dada. Ilmu yang kita belajar bukan sekadar untuk exam tapi untuk kehidupan seharian juga.
*
*
2) PEMILIHAN MASA
Masa itu Emas. Kita seringkali mendengar tiga perkataan itu dilontarkan dari bibir orang ramai. Sesetengah tahu maksud tersirat dalam perkataan itu malang sekali mengendahkannya. Pemilihan masa sangat penting untuk memastikan minda kita ni mampu ke tak terima apa yang dibelajar nanti. Kalau kita memilih belajar dalam keadaan yang bising, adakah minda kita akan menerima sepenuhnya apa yang dibaca? Tentulah tidak kan? Sikit pun tak masuk dalam akal apa yang di baca kan? Bagi saya, minda saya akan lebih focus apabila belajar pada waktu tengah malam dan seawal pagi. Semua tahu kan waktu itu sunyi dan lebih mudah untuk belajar dan menghafal formula-formula.
*
*
3) MIND MAP/PETA MINDA
Peta minda merupakan salah satu cara untuk kita membuat nota ringkas. Tau-tau ja la kan, kalau kita study last minute ni, tak kan la nak baca buku nota yang tebal tu. Mustahil! Tapi, janganlah 100% kepada peta minda. Membaca buku yang tebal dan ayat yang panjang-panjang tu penting jugak untuk kita membina ayat time exam nanti. :) Kelebihan peta minda ialah kita boleh bawa kemana sahaja kita pergi. Peta minta boleh lipat-lipat simpan dalam poket. Tapi kan kawan-kawan, nota ringkas yang ada pada peta minda tu mestilah yang anda faham. Jangan plak buat peta minda tapi bila nak baca nanti,sendiri tak faham. Parah! Hehe Cara ni sangat berkesan terutama sekali bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak.
*
*
4) PERSEKITARAN BELAJAR
Tempat juga memainkan peranan penting yer. Kalau rumah kita bersebelahan dengan aktiviti yang sangat bising,tahan ker kita tinggal kat sana? Mesti tak kan? Mesti kita akan buat aduan jugak kan? So, persekitaran belajar pun begitu. Pemilihan tempat belajar penting untuk menaikkan semangat supaya terus belajar dan menghilangkan rasa bosan. Tempat belajar yang kemas,teratur dan bersih membolehkan kita belajar dengan tenang. Suasana yang bising boleh merencatkan proses pembelajaran kita. Lagi-lagi study last minute, memang marah jer kalau dengar bising. Bila dah marah, mood belajar pun hilang. Ini merumitkan proses pembelajaran kita. 
p/s : pastikan meja belajar menhadap kea rah kiblat ye kawan-kawan. :)
*
*
5) MINTA RESTU
Dulu zaman sekolah, sebelum exam mesti ada majlis restu ilmu. Tapi zaman Universiti , tak akan muncul lagi majlis macam tu. Kita kena datang sendiri jumpa lecture. So, minta restu kat lecture, ibubapa. Tak lupa juga, minta maaf kat kawan-kawan k. 
*
*
Info ni tak la hebat sangat. Harap-harap berguna jugak k.. ^__^ 
p/s : Lebih elok jangan la study last minute yer.. :)  

1 comment:

Aku said...

Nice entry. Aku pun ada jgk wt entry sal cara nak study. So, meh la jnguk my boring stupid blog. Kekeke..

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...