Sunday 16 December 2012

KENALI 7 SEBAB BAYI MENANGIS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Readers.. 
Ong kedek-Kedek! 
*
*
Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi akan mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan jika bayi menghabiskan banyak masa dengan menangis.
Menurut buku "YOUR CHILD'S BODY LANGUAGE" - Dr Richard Woolfson, yang menjelaskan bahawa tangisan bayi mempunyai erti yang berbeza-beza. Setiap tangisan menggambarkan pesan tertentu untuk si ayah dan si ibu.
*
*
7 SEBAB BAYI MENANGIS 
*
*
SATU : LAPAR
*UWEEKK UWEEEK*
(saya lapar..saya ingin menyusu)
Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga. Biasanya bayi akan menangis berulang-ulang. Bayi akan menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil nafas dan demikian seterusnya.
Cara mengatasi : Sebagai ibu atau ayah kepada si kecil, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan bayi anda mendapat makanan dan susu yang secukupnya. Susui bayi hingga kenyang.
*
*
DUA : BASAH 
*UWEEKK UWEEK*
(lampin saya basah.. tolong tukar lampin saya)
Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Mudah kan mereka menangis? Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Tangisan bayi biasanya perlahan pada mulanya, dan semakin kuat agar mendapat perhatian ibu dan ayah. Bayi akan mengeliat tanda tidak selesa.
Cara Mengatasi : Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.
*
*
TIGA : PERSEKITARAN
*UWEEKK UWEEK*
(bisingnyaa..tolong diam semua)
Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising boleh menyebabkan bayi menangis kerana mereka perlukan ketenangan. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk juga boleg mengganggu keselesaan bayi.
Cara Mengatasi : Sediakan satu bilik yang sunyi, selesa bagi bayi. Kadang-kadang bayi juga perlukan persekitaran yang sunyi dan membuatkan mereka selesa.
*
*
EMPAT : JATUH
*UWEEKK UWEEK*
(sakit maa..sakit yahhh)
Ada sesetengah ibubapa yang gemar menidurkan bayi di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika bayi ibu dan ayah sedang tidur. Bayi boleh terjatuh dari buaian dan menangis. Bayi yang tidur lasak memang mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika bayi dibiarkan tidur sendirian.
Cara Mengatasi : Jangan membiasakan bayi tidur di dalam buaian ketika anda juga hendak tidur. Takut-takut anda tidak mendengar tangisan mereka. Bawalah mereka tidur di sebelah anda. 
*
*
LIMA : SAKIT PERUT
*UWEEKK UWEEK*
( perut saya sakit..perut saya kembung)
Masalah kembung perut ni juga dikenali sebagai kolik iaitu menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. Semua bayi akan menangis jika ia merasa sakit. Tangisan bayi yang sakit perut ialah bernada tinggi , hampir seperti jeritan, mereka akan termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi.
Cara Mengatasi : Urut bahagian perut dengan lembut dengan menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuh bayi.
*
*
ENAM : KESEPIAN 
*UWEEK UWEEKK*
(saya bosan..bosann)
Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti sahaja. Tangisan mereka untuk menarik perhatian ibu dan ayah si kecil. Bayi senang bergaul dan sentiasa ingin ibu dan ayah di sisi mereka. Tangisan mereka terdengar seperti menyedihkan dan seakan-akan marah.
Cara Mengatasi : Luangkan masa bersama bayi anda sehingga mereka tenang. Mempelbagaikan aktiviti seperti menyanyi atau dibawa bersiar-siar.
*
*
TUJUH : MINTA DUKUNG 
*UWEEKK UWEEKK*
(nak dukung..nak dukung)
Bayi akan menangis jika penat walaupun sebernarnya mahu tidur. Bayi akan merengek sambil kepala terangguk-angguk dan melihat anda.
Cara Mengatasi : Dukung bayi anda sehingga dia terlelap di lengan dan barulah di letak di katil tidurnya. 
*
*
Kepada si Ibu dan Ayah , tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga. Bayi memang selalu menangis.Jadi, anda perlu bersedia untuk menghadapinya.
*
*
Tahukah anda? 
Terdapat dua pendekatan yang digunapakai ibubapa apabila berhadapan dengan tangisan bayi iaitu RESPON dan CRY IT OUT..
RESPON : Ibubapa akan memberi respon segera setiap kali mendengar bayi menangis.
CRY IT OUT : Ibubapa yang mengamalkan cry it out atau controlling crying akan membiarkan bayi menangis dan mengabaikan tangisan dalam tempoh waktu tertentu sebelum memikirkan untuk respon terhadap tangisan tersebut. Kaedah ini boleh mendidik bayi supaya tidak memanipulasikan tangisan sebagai alat untuk menarik perhatian, berdikari untuk menenangkan diri sendiri serta belajar untuk menangis ketika perlu atau pada waktu yang sesuai sahaja..
*
*
INGAT ! TANGISAN bagi bayi ialah satu-satunya cara BERKOMUNIKASI.. 
*
*
Sebahagian dari kesempurnaan di dunia ialah memiliki keluarga yang bahagia.. Komunikasi dengan keluarga senantiasa terjaga selagi komunikasi dengan Allah S.W.T juga dijaga.. InsyaAllah... ^___^

ONG KEDEK-KEDEK!
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY YANG PANJANG INI..
MOHON MAAF KERANA INFO YANG YANG TIDAK TEPAT.. ( al-maklumlahh belum kahwin dan belum ada anak) hihi


2 comments:

SuparMan SuaRez said...

Uweeekkkk..Uweekkkk..Mau Donut Big Apple..Hahaha :P

Diari Si Froggie said...

haha.. tips yang 100% betul. Lebih elok lagi baby nangis dari diam je risau tau.. hehe. :)

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...