Thursday, 27 September 2012

KITA MASIH BERNAFAS JUMAAT INI

Salam Sayyidul Aiyam buat seluruh umat Islam di dunia ini..
Moga kehadiran penghulu segala hari ini ditempuhi dengan rasa ketaatan dan kecintaan buat Sang Pencipta Yang Maha Agung.
   Alhamdulillah.. Kita masih lagi bernafas saat ini dan dapat menghirup udara pemberianNya.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : " Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan Allah S.W.T dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah S.W.T itu sendiri iaitu : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta kerana Allah S.W.T dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah S.W.T, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina.
Lalu ia menjawab, " Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah S.W.T di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya," 
(Riwayat Abu Daud Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Hadapi dengan SENYUMAN semua yang terjadi tetap terjadi.. Hadapi dengan jiwa yang tenang supaya semuanya baik-baik saja ^___^
*ong kedek-kedek!* 

3 comments:

Syira Lokman said...

JOM LA JOIN CONTEST :) http://syiralokman.blogspot.com/2012/09/stylista-contest.html

Nana said...

nice share. betul2, hadapi dgn senyuman. nothing last forever, not even our problems ^^ alang2 sggah nk tggal jejak. jom join segmen review blog jom:)
http://ernaziana.blogspot.com/2012/09/segmen-review-blog-by-superkitty.html

ps: fes tym datang. memang suka katak keroppi eh? hihi

Diari Si Froggie said...

Seronoknya andai diri ini sentiasa dibawah naungan Allah swt.. T_T comey gambar itu.. yup hadapi sesuatu perkara dengan senyuman :)

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...