Assalamualaikum..
Jom layan cerita katak ni..
Pada suatu hari , ada sekumpulan
katak-katak kecil yang berlumba lari. Tujuan mereka adalah untuk mencapai puncak menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.
*
*
Perlumbaan dimulakan..
*
*
*
*
Secara jujur , tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil tersebut akan mencapai puncak menara. Terdengar suara penonton-penonton :
~ "Oh , jalannya terlalu sukar .. Mereka tidak akan sampai ke puncak." ~
~ "Mereka tidak akan ada berkesempatan untuk berhasil.. Menara tersebut terlalu tinggi. " ~
*
*
Katak-katak kecil pun mula berjatuhan seekor demi seekor..
Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak..
~ "Terlalu sukar !! Tak seekor pun akan berjaya!! " ~
Lebih banyak lagi katak lelah dan menyerah.. Tapi ada seekor katak yang berjaya melanjutkan hingga ke puncak semakin tinggi dan tinggi.. Dia seperti tidak akan menyerah.
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara kecuali seekor katak yang telah berusaha keras. Dia menjadi satu-satunya yang berjaya mencapai ke puncak..
Semua katak ingin tahu bagaimana cara katak yang berjaya itu menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata , Katak yang menjadi pemenang itu adalah KATAK YANG PEKAK!
p/s : Janganlah kita mudah mendengar kata-kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpi kamu dan menjauhkannya darimu.. Dan , Buat-buat pekak jika ada orang sekelilingmu berkata bahawa kamu tidak akan dapat mencapai citi-citamu..
*ong kedek-kedek*
PEACE yoooooo! ^^,
4 comments:
Pengajaran Yg Baik...Keep It Up..Huhuhu
Haha.Menarik.
percaya pada diri.. kerana ramai yang lebih ingin kta jatuh..
bestnye cerita dia.. betul2 kalau kita asyik fikir kan kata2 orang yang bertujuan menjatuhkan kita memang tak berjaya lah kita akhirnya.. :)
Post a Comment