Sunday 29 July 2012

APAM POLKADOT DOT DOT

BAHAN-BAHAN :
*
*
3 biji telur (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling ( blueberry @ strawberry -ikut citarasa)
pewarna ( ikut citarasa)
*
CARA-CARA:
*
*
Pukul telur hingga kembang , masukkan gula halus dan pukul rata.
*
Kemudian , masukkan susu segar @ susu cair , baking powder , ovalette dan tepung gandum.
*
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
*
Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. 
*
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. (setengah mangkuk sahaja) . Letakkan filling secukupnya. Kemudian picitkan adunan ke dalam mangkuk tadi sehingga hampir penuh.
*
Akhir sekali , dot dot dot kan adunan dalam mangkuk tadi dengan warna pilihan. Kemudian , kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak. 

*ong kedek-kedek*

7 comments:

SuparMan SuaRez said...

Waaaa...Nampak sedap!! Warna Biru blh ka?? Malas bha nampak yg hijau2 nie..Hahaha

Amirah Raduan said...

kalau mau biru-biru... tengok langit...hehhee kalau hijau, sejuk mata memandang

Aiisyah Roseskalerful said...

wah~ nampak cantik dan sedap

NoorBieLover said...

comelnya..pndai buat ye..

Amirah Raduan said...

Aisyah : Jom jom jom try..! :)

Amirah Raduan said...

Noor : Thanks dear.. ^__^ dah ada resipi,tunggu apa lagi..jom la try buat..untuk berbuka puasa nanti...

Unknown said...

shumel nyew kuih tuhh.....btw blog hijau katak pon comel...

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...