Sunday, 29 July 2012

QUOTES #4


Hanya dengan DOA seorang IBU boleh membawa ke SYURGA..
Setitik AIR MATA ibu boleh membawa ke NERAKA...

#Kekasih kita ada penggantinya , TAPI ibubapa tiada penggantinya#

APAM POLKADOT DOT DOT

BAHAN-BAHAN :
*
*
3 biji telur (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling ( blueberry @ strawberry -ikut citarasa)
pewarna ( ikut citarasa)
*
CARA-CARA:
*
*
Pukul telur hingga kembang , masukkan gula halus dan pukul rata.
*
Kemudian , masukkan susu segar @ susu cair , baking powder , ovalette dan tepung gandum.
*
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
*
Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. 
*
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. (setengah mangkuk sahaja) . Letakkan filling secukupnya. Kemudian picitkan adunan ke dalam mangkuk tadi sehingga hampir penuh.
*
Akhir sekali , dot dot dot kan adunan dalam mangkuk tadi dengan warna pilihan. Kemudian , kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak. 

*ong kedek-kedek*

PUDING HO HO HORLICKS

BAHAN-BAHAN : 
*
*
1 bungkus agar-agar (besar)
6 cawan air
1 cawan gula halus
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan horlick
1 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanila
*
*
CARA-CARA :
*
*
Masukkan agar-agar dan air di dalam periuk. Biarkan agar-agar larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
*
Pukul telur sehingga kembang di dalam mangkuk.
*
Masukkan esen vanilla , susu pekat , susu cair dan tepung custard di dalam mangkuk telur tadi.
*
Setelah agar-agar tadi larut , masukkan campuran telur ke dalam periuk dan kacau perlahan.
*
Akhir sekali , masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut.
*
Bila sudah masak , tuang di dalam acuan dan letak di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

*ong kedek-kedek*

QUOTES #3



Cover your HEART with sincerity , just like you cover your private parts with clothes ....

QUOTES #2

Langit adalah batas IMPIANMU..
jangan pernah bercita-cita terlalu rendah..
jangan terlalu rendah dalam meminta..
jika engkau dapat menaiki tangga ke langit ..
mengapa hanya bertahan di bumi.....
^_______^
*ongkedekkedek*

Friday, 20 July 2012

QUOTES #1

When we do something , at first we always fail . BUT if we do it everyday , make it more accurate , we can do it better than anybody else...

* ong kedek-kedek *

Sunday, 8 July 2012

Jangan BERkaraoke di dapur !

Assalamualaikum muslimin muslimat ...
Selamat Petang Readers ! 

Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan sempurna..
Menyanyi + memasak = TAK BOLEH!

BERdangdut di dapur .. hihihi



Orang dulu-dulu cakap , JANGAN MENYANYI DI DAPUR, NANTI BERKAHWIN DENGAN ORANG TUA..
betul kerr?? 
Bila difikir-fikir , apa plak kena mengena dengan dapat orang tua kan.. Kalau dapat orang tua ( Tan Sri @ Dato-dato ) apa salahnya kan.. Kena-kena lagi yang loaded. Mertua pun tumpang senang kan.. kih kih kih 

Kalau difikirkan secara logik , perempuan muda tak akan mahu bersuamikan orang tua.. 
*
*
*
*
Ada TIGA sebab orang dulu-dulu tak suruh kita menyanyi di dapur :
PERTAMA :
Kalau menyanyi sambil memasak,kita boleh terleka dari bubuh apa-apa rencah dalam masakan atau masakan akan hangus. Akibatnya nanti masakan tersebut tidak sempurna untuk dihidangkan.. hehehe
KEDUA :
Orang dulu-dulu sayang sangat kat anaknya. Takut-takut anaknya luka tangan ketika menghiris bawang akibat menyanyi di dapur.. Akibatnya , nanti mereka jugak yang kena bawa pergi klinik atau beli ubat..*menyusahkan* kih kih kih
KETIGA :
Mereka takut masakan tak sedap akibat terkena air liur yg jatuh dalam kuali. Terlalak sana terlalak sini , last-last banyak kuah masakan.. hahahaha
*
*
Itu sebab yang agak tidak munasabah yang aku buat/cipta sendiri..hahaha Tapi , kita MESTI ikut jugak cakap orang dulu-dulu tau..Nanti dah kena baru menyesal..kan kan kan...

ni time aku jalan-jalan kat KL hari tu..
terjumpa dua orang jejaka menyanyi.. Join la jugak ! hahaha 
Melalak la puas-puas..jangan nak melalak di dapur...kih kih kih 

p/s : Jangan menyanyi kat dapur tau ! nanti bersuamikan orang tua .. hehehe 
And , jangan la percaya sangat apa yang aku mengarut tadi..hehehe 

^______^
*ongkedekkedek!*

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...