Assalamualaikum sahabat blogger.. Salam 1 Malaysia.. :)
Sekarang masih lagi terdengar isu-isu politik kan.. memang begitu, ada yang senang, ada yang susah nak terima keputusan… Kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan.. Wallahhualam..
Saya nak share sedikit masalah yang sering kita alami pada masa kini. Masalah Pelupa sangat tebal dalam diri saya.. orang tua-tua cakap, terlampau banyak makan semut kot.. amboihh sedap sangat ker semut tu aku nak makan.. hehhee tak kenyang pun sebab kecil jerr semut tu… :)
InsyaAllah sedikit ilmu yang saya kongsikan ini mungkin berguna dan mungkin tidak berguna bagi anda semua.. Tinggalkan jejak yerr selepas baca… komen apa yang salah, kot-kot kesalahan yang saya buat itu saya belum sedari lagi..
-Madu-
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak anak-anak seperti berfikir, membaca dan merancang. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
-Susu segar-
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
-Kismis-
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
-Telur-
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar-pakar kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. Beri anak-anak sarapan telur rebus separuh masak bagi kecerdasan minda anak-anak.
-Halia-
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa.(saya tak pernah cuba lagi yang ini.. sebab tak reti nak makan halia..pedasss!) Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan dimakan sedikit saja pada waktu pagi. Tak sesuai bagi anak yang masih kecil sebab halia agak pedas.
-Buah Delima-
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
SELAMAT BERAMAL KAWAN-KAWAN..
*Sumber gambar dari cik google*
2 comments:
Nice sharing. Semua kamek suka makan kecuali halia.. (^_^)
Hai cik katak, besar biji mata saya masuk sini. Bersepeh katak. Balas lawatan sambil belajar tadi.
BTW, saya tak suka kismis tapi suka makan kurma. Sama jer kan, baik untuk otak.
Post a Comment