Sunday, 17 March 2013

CARA TIDURKAN ANAK


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia...

Ada masalah nak tidurkan bayi??
Meh baca sini..
*
*
Jap.. Jap.. Jap...
Kesempatan ni, tolong Doakan tentang Keselamatan PDRM & ATM yang berada di Lahad Datu & Semporna Sabah..
Sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang kita yang telah meninggalkan kita demi menyelamatkan Negara kita..
Al-Fatihah...
*
*
Terdapat 4 cara untuk menidurkan bayi:

1 Tidur Di Buaian.
Gunakan sarung kain jarang atau jaring supaya aliran udara dapat keluar dan masuk. Lapik dengan tilam nipis dan bantal. Pastikan bayi tidak tenggelam dan hidungnya tidak tertutup dengan tilam dan bantal tersebut.

2 Tidur Di Paha
Letakkan tilam kecil dahulu sebelum meletakkan anak anda. Tepuk paha bayi sambil menggoyangkan lutut anda. Bayi akan lena sama seperti dibuai.

3 Tidur Di Dakapan.
Ada dua cara menidurkan bayi dalam dakapan. Cara berdiri dengan meletakkan kepala bayi di dada anda, peluknya dengan kemas dan berjalan sambil mendodoikannya. Satu lagi adalah dengan meniarapkan bayi di dada anda dalam keadaan anda berbaring.

4 Tidur Sendiri Atas Katil.
Baringkan bayi dan tepuk pahanya perlahan-lahan di atas katil. Cara ini paling mudah untuk anak tidur lena.

p/s: Jangan biarkan anak tidur sendirian kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana tanpa kita sedar. Perhatikan anak yang tidur sekurang-kurangnya 5 minit sekali bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini.. 

Sumber : Mr Google yang cerdik.. ^__^

ong kedek-kedek

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of info dear...thanks for sharing...boleh dibuat sebagai panduan pada masa akan datang ni...

Diari Si Froggie said...

wasalam.. salam 1 malaysia ^^
semoga wira2 kita disana sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan mengesan penceroboh buat penceroboh pun moga Allah buka kan hati mereka untuk hentikan semua pencerobohon.. Al-Fatihah.

selalu kalau anak buah aida dulu, aida tidurkan dalam buaian je terus. haha.. dah besar sikit baru dia tidur atas katil sendiri.

Mummy MM said...

Informasi yang berguna =]

Nadia Johari said...

dalam buaian senng..ehhe..nad kalo tdokan ank buah dlm buaian je

Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...