Thursday, 18 October 2012

QUOTES #6

miss you MR KEROPPI !

MARBLE CHEESE CAKE

Assalamualaikum w.b.t Sahabat ...
Selamat Pagi Kepada Yang Baca Entry Ni Pagi-Pagi..
Selamat Petang kepada Yang Baca Entry Ni Petang-Petang..
Selamat Malam Kepada Yang Baca Entry Ni Malam-Malam..
Salam 1 Malaysia! 

Hari ni nak share satu resipi yang SEDAPPP! 
Bukan resipi makanan untuk katak okay..
Untuk kita-kita ni haaa! ^__^ 
Kek ni memang sedap ! 
sebelum bagi resipi, tengok lu gambar kek ni.. 
Encik hensem , Terima Kasih sebab ada stok gambar nih..
Sedap kan?? Macam kat Secret Recipe... 

Okay, kita mulakan yer tuan-tuan dan puan-puan..
Besarkan mata (macam mata katak) bila baca bahan-bahan ni.. 
Kot-kot nanti salah sukat bahan... 
tak menjadi la kek tu nanti ^__^ 
*
*
*
BAHAN-BAHAN:
225 gram Phil Soft Cheese
3.5 oz susu pekat manis (ikut kemanisan yang korang nak)
10 gram tepung gandum
26 gram choc masakan (cairkan)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
220 gram biskut digestive(kisar halus) 
3 sudu besar butter 
*
*
CARA-CARA:
Cairkan butter dengan api yang sederhana. Masukkan digestive kisar dan kacau rata.
*
Griskan luyang. Tekan campuran biskut dan butter hingga padat. Sejukkan sebentar.
*
Pukul cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat dan pukul lagi. Masukkan telur,tepung dan vanilla. Kacau hingga sebati. asingkan 1/3 cawan.
*
Cairkan choc dan kacau dengan 1/3 cawan adunan hingga rata.
*
Ratakan adunan putih. Akhir sekali, sudukan adunan choc di atas.
*
Corak di atas kek dilukis guna chopstick. (ikut kreativiti korang)
*
Bakar 160'C hingga masak. Jangan biarkan kek menjadi perang.(tak cantik kalau colour perang). 
*
Agak-agak 20 minit dah masak dah tu. Setelah masak, sejukkan selama 4 jam. 

TADAAA! DAH MASAK! NYUM-NYUM-NYUM!
PAS TU, BOLEH HIDANGKAN..
KALAU DAH TRY TU, MEH BAGI KAT SINI GAK ! hehehe

*SELAMAT MENCUBA YAA*
0ng kedek-kedek!  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...