Tuesday, 19 March 2013

RABU TANPA KATA #DUA#

Assalamualaikum w.b.t..
Hello Wordless Wednesday! 


Very CUTE on Wednesday! with his 'Geram' face.. 

Sunday, 17 March 2013

CARA TIDURKAN ANAK


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia...

Ada masalah nak tidurkan bayi??
Meh baca sini..
*
*
Jap.. Jap.. Jap...
Kesempatan ni, tolong Doakan tentang Keselamatan PDRM & ATM yang berada di Lahad Datu & Semporna Sabah..
Sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang kita yang telah meninggalkan kita demi menyelamatkan Negara kita..
Al-Fatihah...
*
*
Terdapat 4 cara untuk menidurkan bayi:

1 Tidur Di Buaian.
Gunakan sarung kain jarang atau jaring supaya aliran udara dapat keluar dan masuk. Lapik dengan tilam nipis dan bantal. Pastikan bayi tidak tenggelam dan hidungnya tidak tertutup dengan tilam dan bantal tersebut.

2 Tidur Di Paha
Letakkan tilam kecil dahulu sebelum meletakkan anak anda. Tepuk paha bayi sambil menggoyangkan lutut anda. Bayi akan lena sama seperti dibuai.

3 Tidur Di Dakapan.
Ada dua cara menidurkan bayi dalam dakapan. Cara berdiri dengan meletakkan kepala bayi di dada anda, peluknya dengan kemas dan berjalan sambil mendodoikannya. Satu lagi adalah dengan meniarapkan bayi di dada anda dalam keadaan anda berbaring.

4 Tidur Sendiri Atas Katil.
Baringkan bayi dan tepuk pahanya perlahan-lahan di atas katil. Cara ini paling mudah untuk anak tidur lena.

p/s: Jangan biarkan anak tidur sendirian kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana tanpa kita sedar. Perhatikan anak yang tidur sekurang-kurangnya 5 minit sekali bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini.. 

Sumber : Mr Google yang cerdik.. ^__^

ong kedek-kedek

Tuesday, 12 March 2013

RABU TANPA KATA #SATU#

Assalamualaikum.. 
^___^


IBU..
Benarlah Ibu Itu lebih Mengerti Perasaan Dan Laku Anak-anaknya..
Meski Jauh Terpisah Beribu Batu..
Namun Gerak Hati Ibu Seakan Dapat Membaca Diari Hidup Anak-anaknya..
Kuasa Tuhan Yang Satu..
AKU RINDU IBU.... ^__^

Friday, 22 February 2013

CONTEST SENYUMAN PALING MANIS BY SHAZRIZAL SHAHMY

Hello Readers..

Jom join contest ni..
tak susah pon.. susah lagi jawab final exam.. hik hik


Syarat-syaratnya :
Follow
Like

Pastu, buat Entry dan Link kan ..

Letak gambar Senyuman Paling Manis..
Errmmm agak susah hendak pilih gambar actually..
hik hik hik

ni bukan senyuman paling MANIS.. tapi paling BANYAK..hahaaa

SENYUMAN SAYA NAMPAK LEBIH MANIS KALAU 'SAYA SENYUM DEPAN KAMERA'..

Pantang nampak kamera.. Automatik Senyum dan Peace.. hik hik 
I like smile.. :) Senyum itu sedekah.. Jom ramai-ramai senyum..

Nak tag orang yang selalu senyum :

Thursday, 21 February 2013

RENUNG-RENUNGKAN

Assalamualaikum w.b.t ...
Salam Sejahtera.. 
Salam Jumaat..

Lama tak update blog..
Asyik join Segmen jaa memanjang kan.. 
So, hari yang mulia ni nak share satu perkara untuk kita renung-renungkan..
Semoga kita sedar dan menyedari apa yang telah kita lakukan terhadap ibu kita..
*
*
Ketika kau berumur 14 tahun,
Ibu ingin tengok rancangan agama 
sedangkan kau ingin
tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar
remote hingga pecah berkecai

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu
pulang kerja masih ingin memeluk
dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau
jawab ..apalah mak nii..saya dah
besar, rimas laa"lalu lari kunci
pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu
membenarkan kamu
menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan Komputer ribanya
hingga tidak ada kesempatan ia
nak menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu
sedang menunggu panggilan
telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan telefon
semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu
Mengalirkan air mata menangis di
atas kejayaanmu dalam
peperiksaan STPM
Sebagai balasannya, kau
meraikannya hanya dengan
teman-temanmu sedangkan
dengan ibu buat endah tak
endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu
masih ingin berjalan bersama-
sama...
Sebagai balasannya engkau
meninggalkan ibu jauh di
belakang, malu kalau kawan-
kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu
memelukmu dengan penuh
ke syukuran saat kau lulus
pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya
ibu bila hendak membelikan
hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia
menghubungi mu untuk
memberitahu ada kenduri doa
selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab,
“Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada
masa terluang untuk balik !”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu
sakit tak kebah sehingga
memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau hantar
dan upah bibik untuk
menguruskannya.

Dan hingga suatu hari, dia
meninggal dengan tenang..
Dan tiba-tiba di satu ketika kau
teringat semua yang tidak pernah
kau lakukan untuk gembirakan
hati ibu mu..sayangnya dia telah
tiada lagi.. Jika kau menyesal pada
masa itu, tiada gunanya lagi, masa
yang berlalu takkan kembali lagi..
*
*
Syurga terletak ditelapak kaki ibu..
Sayangi lah ibu bapa anda..
Percayalahhh ibu anda juga sayang andaa.. 
Ibu mana tak sayangkan anak kan..
Yakin bahawa apa yang telah ditulis olehNya, pasti itu yang terbaik..
Wallahualam...
Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu kawan saya yang baru saja meninggalkan kita..
Wajah dan suara nya bermain-main diminda..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin..
Al-Fatihah... 



Berdoalah banyak-banyak kepada ibu bapa anda..
Sesungguhnya Doa seorang anak kepada ibubapanya adalah yang terbaik..
Amin Ya Rabbil A'lamin.. 

yang mana satu mak saya? tu haaa.. yang pakai tudung coklat and baju jubah hitam tu.. yang pasti sebelah saya tuu..

Remember that.. Your mother was in a battle between life and death when she gave birth to you.. 
Love my mom... :) 

Friday, 15 February 2013

GIVEAWAY GOSSIP GIRL

Biji durian lekat dihalkum,
Assalamualaikum.. 
^______^



X perlu entry berjela
  Kopipes dan komen sahaja
  Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH
SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
5 RIBBON BROOCHES
5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG 


*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.

Saturday, 26 January 2013

PAVLOVA ong kedek-kedek

Assalamualaikum peeps..
Selamat petang.. :)
Bosan tak pepetang nih?? 
dah minum petang kerr?
meh, pekena PAVLOVA yang sedap nih..

tak terliur ka tengok ni??
Jom Try buat..
Senang jerr.. Tak sesusah berlari 100x meter tau.. hik hik 
Malas nak buat? Meh Order.. hahahaha 
Dont worry.. saya bagi resipi ekk..

Bahan-Bahan :
4 Biji Putih telur (putih telur je tau.jangan biarkan sedikit pun kuning telur termasuk dalam tu..HANCURR paclova nanti)
1/2 cawan gula kastor ( kalau tak suka manis, boleh kurangkan sedikit gula)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka (kalau saya buat, saya kurangkan ke 1/2 sudu jer) 
1 sudu teh esen vanila
*
*
Okay.. Masukkan telur dan gula..Gaul sehingga putih..
Masukkan cuka dan esen vanila..
Gaul hingga rata dan kembang..
Pastu, BAKAR... :)
*
*
Sementara tunggu Pavlova tu masak, kita boleh buat topping dan potong buah-buah  untuk bahagian atas pavlova tu.. 
*
Bahan-Bahan Topping :
1 cawan Whipping Cream
(Jangan biarkan mixer ada air. biarkan mixer kering dan lap jika basah. Kalau ada air, walaupun setitik, topping akan terbantut. )
*hati-hati apabila membuat topping.
*
*
Okay.. Pavlova yang di bakar tadi pun dah masak..
Sejukkan terlebih dahulu.
Kemudian sapukan whipping cream tadi di atas pavlova yang telah masak dibakar tadi..
Hiaskan dengan buah-buahan ikut citarasa dan sukarasa anda sendiri..
Taraaaaaa DAH SIAP..
Hidangkan dengan keluarga..
mereka pasti menyukainyaaa..
INGAT.. PAVLOVA ni sangat cerewet.. 
Yang penting, alat-alat yang digunakan untuk membuat pavlova adalah KERING...

Selamat Mencuba Readers..
ong-kedek-kedek.. :)


Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...