Sunday, 5 August 2012

LAKSA SARAWAK ONG KEDEK-KEDEK !

Hye readers ! 
Selamat Berpuasa & Salam Nuzul Al-Quran..

Jom Try LAKSA SARAWAK untuk juadah berbuka !

Bahan-bahan : (A)
1 bungkus perencah laksa sarawak
1 bungkus mee hoon (direbus)
Air 
Minyak masak
Garam dan ajinomoto



*
*
Bahan-bahan : (B)
1 mangkuk tauge (direbus)
3 biji telur (dipukul,digoreng,dihiris dadu)
Isi ayam (direbus,dihiris halus)
limau kasturi (dibelah dua)
fish cake (digoreng,dihiris halus)
udang (direbus)
*
*
Bahan-bahan : (C)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
seulas bawang putih (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar)
sedikit belacan
*
*
Cara-cara membuatnya :
**
Panaskan minyak,tumiskan perencah laksa sarawak sehingga naik bau. Tambah air(untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
*
Masukkan fish cake yang dihiris halus tadi. Biarkan sehingga mendidih.
*
Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
*
Ambil mangkuk, masukkan sedikit mee hoon yang direbus tadi. Campurkan sedikit tauge. Taburkan telur,ayam,udang ke atas mee tadi.
*
Kemudian, tuangkan kuah ke dlm mangkuk mee tadi. Letakkan limau dan sambal udang ke atasnya.
**


SELAMAT MENCUBA!
*ong kedek kedek!*

KATAK YANG NAKAL

Assalamualaikum wbt readers!




Dahulu kala di sebuah kolam yang luas tinggallah seekor anak katak hijau dan ibunya. Anak katak tersebut sangat nakal dan tidak pernah mengindahkan kata-kata ibunya. Jika ibunya menyuruhnya ke gunung,dia akan ke laut. Jika ibunya menyuruhnya pergi ke timur, dia akan pergi ke barat. Pokoknya apapun yang diperintahkan ibunya, dia akan melakukan yang sebaliknya. 
"Apa yang harus aku lakukan pada anak ini", fikir ibu katak.
"Kenapa dia tidak seperti anak-anak katak yang lain diman selalu menuruti kata orang tua mereka."
Suatu hari si ibu berkata, " Nak , jangan pergi keluar rumah kerana di luar sedang hujan deras. Nanti kau hanyut terbawa arus."
Belum selesai ibunya berbicara, anak katak tersebut sudah pun melompat keluar sambil tertawa gembira.
"Horeyy! banjir aku akan main sepuas-puasnya!"
Setiap hari ibu katak menasihati anaknya namun kelakuan anak katak itu bahkan semakin nakal saja. Semakin hari sakitnya semakin parah. 
Suatu hari ketika dia merasa tubuhnya semakin lemah, ibu katak memanggil anaknya, "Anakku, kurasa hidupku tidak lama lagi. Jika aku mati,jangan kuburkan aku di atas gunung. Kuburkanlah aku di tepi sungai." 
Ibu katak sebenarnya ingin dikuburkan di atas gunung, namun kerana anaknya selalu melakukan yang sebaliknya,maka dia pun berpesan yang sebaliknya.
Akhirnya,ibu katak pun maninggal. Anak katak itu menangis dan menangis menyesali kelakuannya, "Ibuku yang malang. Kenapa aku tidak pernah mau mendengarkan kata-katanya. Sekarang dia telah tiada,aku sudah membunuhnya."  
Anak katak tersebut lalu teringat pesan terakhir ibunya. 
"Aku selalu melakukan apapun yang dilarang ibuku. Sekarang untuk menebus kesalahanku, aku akan melakukan apa yang dipesan oleh ibu dengan sebaik-baiknya."
Maka anak katak itu menguburkan ibunya di tepi sungai. Beberapa minggu kemudian hujan turun dengan lebatnya, sehingga air sungai di mana anak katak itu menguburkan ibunya meluap. Si anak kata begitu khuatir kuburan ibunya akan tersapu oleh air sungai.
Akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke sungai dan mengawasinya. Di tengah hujan yang lebat dia menangis dan menangis.
KWONG ! KWONG ! KWONG ! KWONG ! 
"Wahai air sungai,jangan bawa ibuku pergi!"
Dan anak katak hijau akan selalu pergi ke sungai dan menangis setiap hujan datang. Sejak itulah kenapa sampai saat ini kita selalu mendengar katak hijau menangis setiap hujan turun. 


#jangan ikut sikap anak katak tersebut yaaa! #
*ong kedek kedek *

Saturday, 4 August 2012

SEGMEN : JOM TAMBAH KENALAN DI HARI RAYA

Assalamualaikum w.b.t Saudara/saudari 


Tak lama lagi nak raya... Hoyeee! 
Raya tahun ni nak tambah kenalan dari blogger plak..
kot-kot dapat duit raya dari kawan blogger nih..hik hik hik

Selamat Berpuasa ! 
and , Selamat Hari Raya readers !

nak tag 3 blogger cute :

# JOM RAMAI-RAMAI JOIN ! 
*ongkedekedek!*

Sunday, 29 July 2012

QUOTES #4


Hanya dengan DOA seorang IBU boleh membawa ke SYURGA..
Setitik AIR MATA ibu boleh membawa ke NERAKA...

#Kekasih kita ada penggantinya , TAPI ibubapa tiada penggantinya#

APAM POLKADOT DOT DOT

BAHAN-BAHAN :
*
*
3 biji telur (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling ( blueberry @ strawberry -ikut citarasa)
pewarna ( ikut citarasa)
*
CARA-CARA:
*
*
Pukul telur hingga kembang , masukkan gula halus dan pukul rata.
*
Kemudian , masukkan susu segar @ susu cair , baking powder , ovalette dan tepung gandum.
*
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
*
Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. 
*
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. (setengah mangkuk sahaja) . Letakkan filling secukupnya. Kemudian picitkan adunan ke dalam mangkuk tadi sehingga hampir penuh.
*
Akhir sekali , dot dot dot kan adunan dalam mangkuk tadi dengan warna pilihan. Kemudian , kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak. 

*ong kedek-kedek*

PUDING HO HO HORLICKS

BAHAN-BAHAN : 
*
*
1 bungkus agar-agar (besar)
6 cawan air
1 cawan gula halus
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan horlick
1 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanila
*
*
CARA-CARA :
*
*
Masukkan agar-agar dan air di dalam periuk. Biarkan agar-agar larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
*
Pukul telur sehingga kembang di dalam mangkuk.
*
Masukkan esen vanilla , susu pekat , susu cair dan tepung custard di dalam mangkuk telur tadi.
*
Setelah agar-agar tadi larut , masukkan campuran telur ke dalam periuk dan kacau perlahan.
*
Akhir sekali , masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut.
*
Bila sudah masak , tuang di dalam acuan dan letak di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

*ong kedek-kedek*

QUOTES #3



Cover your HEART with sincerity , just like you cover your private parts with clothes ....
Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...