Wednesday, 10 April 2013

RAHSIA IQ ANAK TINGGI DENGAN SUSU IBU

Assalamualaikum Readers..
Salam 1 Blogger.. :)
Apa khabar ibu-ibu, ayah-ayah, bakal ibu, bakal ayah dan pembaca.. Anak-anak sihat? Anak buah sihat? Anak kepada jiran sihat? Anak kepada kawan kepada adik sihat? Okay, stop.. hehe
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kita kesihatan yang baik.. 
Jiran-jiran, kawan-kawan, saudara-mara, ibu-ibu pernah tak memuji anak mereka bijak?? Semestinya pernah kan.. 
"Semalam anak saya pandai memanggil mama tau"
"Anak saya semakin sihat dan membesar dengan cepat"
"Nak tau tak, anak saya mudah mengingati apa yang dipelajarinya"
Anak awakk??? Jangan sedih..
Masing-masing ada kelebihan..
Berkemungkinan besar anak awak menjadi seorang yang soleh dan solehah di dunia dan di akhirat kelak. Amin.. Siapa tahu kan?? 
Melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Perkembangan anak-anak ditentukan oleh kedua ibu bapa itu sendiri.. Perkembangan otak yang perlahan, sederhana dan laju mempengaruhi pembesaran mereka kelak..
Tahukah anda kajian mendapati bahawa bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.


SMARTER FATS
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.


NUTRISI
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.



KOLESTROL
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.


SMARTER SUGARS
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.


PERHUBUNGAN BIJAK
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya. Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.
Bagi Agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.

Sumber : Mr Google yang Ohsemm

SELAMAT MALAM..
TERIMA KASIH SUDI BACA SEDIKIT INFO NI..
^_____^
ong kedek-kedek


Tuesday, 19 March 2013

RABU TANPA KATA #DUA#

Assalamualaikum w.b.t..
Hello Wordless Wednesday! 


Very CUTE on Wednesday! with his 'Geram' face.. 

Sunday, 17 March 2013

CARA TIDURKAN ANAK


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia...

Ada masalah nak tidurkan bayi??
Meh baca sini..
*
*
Jap.. Jap.. Jap...
Kesempatan ni, tolong Doakan tentang Keselamatan PDRM & ATM yang berada di Lahad Datu & Semporna Sabah..
Sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang kita yang telah meninggalkan kita demi menyelamatkan Negara kita..
Al-Fatihah...
*
*
Terdapat 4 cara untuk menidurkan bayi:

1 Tidur Di Buaian.
Gunakan sarung kain jarang atau jaring supaya aliran udara dapat keluar dan masuk. Lapik dengan tilam nipis dan bantal. Pastikan bayi tidak tenggelam dan hidungnya tidak tertutup dengan tilam dan bantal tersebut.

2 Tidur Di Paha
Letakkan tilam kecil dahulu sebelum meletakkan anak anda. Tepuk paha bayi sambil menggoyangkan lutut anda. Bayi akan lena sama seperti dibuai.

3 Tidur Di Dakapan.
Ada dua cara menidurkan bayi dalam dakapan. Cara berdiri dengan meletakkan kepala bayi di dada anda, peluknya dengan kemas dan berjalan sambil mendodoikannya. Satu lagi adalah dengan meniarapkan bayi di dada anda dalam keadaan anda berbaring.

4 Tidur Sendiri Atas Katil.
Baringkan bayi dan tepuk pahanya perlahan-lahan di atas katil. Cara ini paling mudah untuk anak tidur lena.

p/s: Jangan biarkan anak tidur sendirian kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana tanpa kita sedar. Perhatikan anak yang tidur sekurang-kurangnya 5 minit sekali bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini.. 

Sumber : Mr Google yang cerdik.. ^__^

ong kedek-kedek

Tuesday, 12 March 2013

RABU TANPA KATA #SATU#

Assalamualaikum.. 
^___^


IBU..
Benarlah Ibu Itu lebih Mengerti Perasaan Dan Laku Anak-anaknya..
Meski Jauh Terpisah Beribu Batu..
Namun Gerak Hati Ibu Seakan Dapat Membaca Diari Hidup Anak-anaknya..
Kuasa Tuhan Yang Satu..
AKU RINDU IBU.... ^__^

Friday, 22 February 2013

CONTEST SENYUMAN PALING MANIS BY SHAZRIZAL SHAHMY

Hello Readers..

Jom join contest ni..
tak susah pon.. susah lagi jawab final exam.. hik hik


Syarat-syaratnya :
Follow
Like

Pastu, buat Entry dan Link kan ..

Letak gambar Senyuman Paling Manis..
Errmmm agak susah hendak pilih gambar actually..
hik hik hik

ni bukan senyuman paling MANIS.. tapi paling BANYAK..hahaaa

SENYUMAN SAYA NAMPAK LEBIH MANIS KALAU 'SAYA SENYUM DEPAN KAMERA'..

Pantang nampak kamera.. Automatik Senyum dan Peace.. hik hik 
I like smile.. :) Senyum itu sedekah.. Jom ramai-ramai senyum..

Nak tag orang yang selalu senyum :

Thursday, 21 February 2013

RENUNG-RENUNGKAN

Assalamualaikum w.b.t ...
Salam Sejahtera.. 
Salam Jumaat..

Lama tak update blog..
Asyik join Segmen jaa memanjang kan.. 
So, hari yang mulia ni nak share satu perkara untuk kita renung-renungkan..
Semoga kita sedar dan menyedari apa yang telah kita lakukan terhadap ibu kita..
*
*
Ketika kau berumur 14 tahun,
Ibu ingin tengok rancangan agama 
sedangkan kau ingin
tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar
remote hingga pecah berkecai

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu
pulang kerja masih ingin memeluk
dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau
jawab ..apalah mak nii..saya dah
besar, rimas laa"lalu lari kunci
pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu
membenarkan kamu
menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan Komputer ribanya
hingga tidak ada kesempatan ia
nak menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu
sedang menunggu panggilan
telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan telefon
semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu
Mengalirkan air mata menangis di
atas kejayaanmu dalam
peperiksaan STPM
Sebagai balasannya, kau
meraikannya hanya dengan
teman-temanmu sedangkan
dengan ibu buat endah tak
endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu
masih ingin berjalan bersama-
sama...
Sebagai balasannya engkau
meninggalkan ibu jauh di
belakang, malu kalau kawan-
kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu
memelukmu dengan penuh
ke syukuran saat kau lulus
pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya
ibu bila hendak membelikan
hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia
menghubungi mu untuk
memberitahu ada kenduri doa
selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab,
“Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada
masa terluang untuk balik !”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu
sakit tak kebah sehingga
memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau hantar
dan upah bibik untuk
menguruskannya.

Dan hingga suatu hari, dia
meninggal dengan tenang..
Dan tiba-tiba di satu ketika kau
teringat semua yang tidak pernah
kau lakukan untuk gembirakan
hati ibu mu..sayangnya dia telah
tiada lagi.. Jika kau menyesal pada
masa itu, tiada gunanya lagi, masa
yang berlalu takkan kembali lagi..
*
*
Syurga terletak ditelapak kaki ibu..
Sayangi lah ibu bapa anda..
Percayalahhh ibu anda juga sayang andaa.. 
Ibu mana tak sayangkan anak kan..
Yakin bahawa apa yang telah ditulis olehNya, pasti itu yang terbaik..
Wallahualam...
Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu kawan saya yang baru saja meninggalkan kita..
Wajah dan suara nya bermain-main diminda..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin..
Al-Fatihah... 



Berdoalah banyak-banyak kepada ibu bapa anda..
Sesungguhnya Doa seorang anak kepada ibubapanya adalah yang terbaik..
Amin Ya Rabbil A'lamin.. 

yang mana satu mak saya? tu haaa.. yang pakai tudung coklat and baju jubah hitam tu.. yang pasti sebelah saya tuu..

Remember that.. Your mother was in a battle between life and death when she gave birth to you.. 
Love my mom... :) 

Friday, 15 February 2013

GIVEAWAY GOSSIP GIRL

Biji durian lekat dihalkum,
Assalamualaikum.. 
^______^



X perlu entry berjela
  Kopipes dan komen sahaja
  Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH
SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
5 RIBBON BROOCHES
5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG 


*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.
Blogger Widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...