Tuesday, 11 June 2013

RABU TANPA KATA #TIGA


Assalamualaikum Muslimin Muslimah.. Happy Wednesday all...
Bahasa Melayu : Kucing
Bahasa Inggeris : Cat
Bahasa Melayu Sarawak : Pusak 


Kadang kala Allah hantar seekor kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak terhadap rezeki Allah. Rezeki tersebut mungkin adalah kucing tersebut atau makanan atau kasih sayang dan perhatian... Kucing itu tidak Meminta ikan segar, tidak meminta ikan yang digoreng, tidak meminta pinggan yang cantik dan elok ketika makan, tidak meminta air untuk membasuh mulut dan tidak meminta untuk dilapkan mulutnya. 
Kucing itu hanya meminta simpati manusia untuk diberikan sisa makanan yang tidak dihabiskan... Tetapi, mengapa kita tetap tidak mahu beri sisa makanan kita kepada kucing????
Bersama-samalah kita mengingati diri sendiri, bersyukurlah kerana rezeki sedikit yang diperoleh, berkongsilah dengan sesiapa sahaja termasuk makhluk Allah yang comel, iaitu KUCING... Kelak kita akan mendapat rezeki yang lebih daripada Allah...
 InsyaAllah. Wallahu’alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...